Monday, September 9, 2019

‘TRAM’ AKAN ADA DI LANGKAWI

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1iDvYZDC1Eqjx6nuDUVU_MllmxMU-aSfP


LANGKAWI bakal memperkenalkan perkhidmatan tram bagi memudahkan pergerakan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas sekitar Jalan Pantai Chenang yang menjadi antara lokasi tumpuan ramai di pulau peranginan bebas cukai itu.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP), Radzuan Osman berkata, cadangan tersebut dikemukakan dalam mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir melibatkan pelbagai agensi dalam Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), baru-baru ini.
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1sgnAw7GiJPh7HLiovg2lQs_peosiPplO

Dalam mesyuarat peringkat tertinggi telah dipersetujui satu kaedah pengangkutan perlu diwujudkan di tapak Park N' Ride Chenang untuk pelancong-pelancong yang datang sebab kita sedia maklum tapak ini di luar kawasan Pantai Chenang.

“Tram dapat membantu mereka yang parkir kenderaan di sini untuk dibawa ke hotel yang di tempah. Bagaimanapun, tempoh waktu untuk merealisasikan perkhidmatan tram mungkin mengambil masa kerana melibatkan pelbagai proses," katanya.


39 Tempat yang sis 'WAJIB VISIT' di Langkawi

Beliau berkata demikan kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian ‘Langkawi Youth Town’ di Park N' Ride Chenang, semalam.
Menurut Radzuan lagi,  MPLBP juga akan mula menggunakan kenderaan elektrik di Langkawi.
"Dalam masa terdekat, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) akan menyerahkan dua kereta elektrik dan 10 motosikal elektrik untuk kegunaan anggota penguat kuasa MPLBP," katanya.
credit to pandulaju.com.my

No comments:

Post a Comment