Hi Sis.. Package VIP ni kami buat full package tau.. 3 hari 2 malam termasuk dengan Hotel di area Pantai Chenang dan kereta sekali untuk mudahkan sis dengan husband ronda2 di Langkawi.
Hotel kami prefer untuk sis stay di area Pantai Chenang ni, sebab dekat sini, siang malam happening sis.. Tempat duty free dekat, kedai makan dekat, yang penting.. keluaq dari hotel.. jalan 2 min dah sampai pantai 🏝 Sis boleh contact team P’Langkawi Travel nanti untuk confirm which hotel ya.
Dalam Package VIP ni.. kami dah include tempat2 yang best yang wajib sis enjoy dengan husband untuk Honeymoon kalini ❤️
First, sis landed je di Langkawi.. sis terus pegi ambil kereta dekat team kami yang dah standby untuk kasi kereta dekat sis. Di airport ka atau jetty no problem. Just inform team kami nanti.
Kalau sis sampai Langkawi pagi, sis tak boleh check in hotel lagi sebab standard check in time pukol 2 petang di sini. So, kami suggest untuk sis dengan husband enjoy cable car dulu.. Don’t worry, ticket cable car kami sediakan untuk sis.. sis dah tak payah berdiri lama beratur nak beli ticket dah. Team kami akan serahkan semua ticket yang sis perlu ada masa kami kasi kereta dekat sis di airport/jetty nanti.
Best tau naik cable car ni.. sebab rasa teruja nak naik tempat paling tinggi dan nak tengok view satu Langkawi ni nampak macam mana dari atas. Kalau hampa yang takot gayat tu, boleh try jugak experience naik 'gondola' ni untuk lawan perasaan tu haha.. Suami kan ada, peluk je lah apa ada hal. Kata nak honeymoon kan, time ni lah nak sweet2 hehe.
Selepas hampa dah ada di puncak, dekat atas tu ada kawasan lapang untuk hampa tangkap gambar dan bersantai rilex2 dengan cik husband. Selepas dah settle snap gambar semua, hampa boleh p terus ke Sky Bridge.
Hampa ada pilihan tau sama ada nak jalan kaki atau nak naik 'Sky Glide' ni yang warna hijau tu. Macam kereta api mini lah yang ni, tapi petak je tak besar pon. Okay lah naik kalau takmau penat jalan kaki kan. Tapi #matjohn cakap terus terang, kalau hampa nak jalan kaki ke Sky Bridge ni memang penat gila but sangat2 best. Penat redah hutan atas puncak bukit? Sejuk beb dan suasana dia xtau nak cakap lagumana sangat2 best.
Lepas settle activity sis di atas puncak gunung ni. Bila sis turun bawah, jangan balik lagi. Sis terus ke 3D Art Museum. Tempat ni dekat area yang sama sis nak naik cable car tu je. Sis tunjuk je stiker yang depa lekat dekat tangan sis masa nak naik cable car tu dekat orang yang jaga 3D Art Museum ni. Nanti depa bagi masuk.
Dekat sini, best sangat untuk sis dengan husband enjoy tangkap gambar kenangan sama2 di Langkawi. Tempat lain memang takdak 3D Art yang superb macam di Langkawi ni. Kalau ada anak kecik lagi best. Depa mesti suka sangat bila tengok lukisan dinasor dan ikan2 gergasi macam ni hehe. Bila #matjohn masuk sini, dalam kepala Mat John dok terpikir 'manusia jenis apa ni pandai sangat terjemahkan keindahan lukisan2 yang superb macam ni'. Memang padu tempat ni serius beb.
Bila dah settle 3D Art Museum, lagi sekali sis jangan balik. Sis terus ke SkyRex. Sebelah je dari bagunan 3D Art Museum ni. Macam biasa, tunjuk stiker yang ada di tangan sis dekat depa, dan depa akan bagi access ke sini. Sis akan naik kereta api ni dan akan experience suasana macam dalam filem Jurassic World tu. Yang mana ada part budak2 tu kena ligan dengan dinasor yang depa naik kereta cermin bulat tu. haha best beb.
Habis activity ni, baru sis boleh balik. Terus ke hotel. Tapi sebelum tu, singgah la siap2 ke Harbour Park untuk tangkap gambar lagi dengan cik husband.
Then terus ke Hotel. Boleh lah rest2 sikit belah malam kan. Enjoy di hotel dan kalau nak cari makan pon.. dekat Cenang Street tu banyak tempat makan. Sekarang ni siap ada dengan Food Truck Street dah di cenang ni. Macam2 makanan ada di situ. Harga pon sangat berpatutan.
Okay sis. Dah settle satu malam di Langkawi. Esok pagi sis bangun, dalam pukol 8 macam tu terus get ready untuk kita enjoy mandi laut di Tasik Dayang Bunting dan jugak dekat private beach di Pulau Beras Basah. Tak payah make up dah tau, sampai2 terus nak terjun tasik dah hahaha... gurau hehe. Bawak lah baju salin ka apa siap2. Dekat sana ada toilet semua siap. Nak tukar baju ka apa senang.
Location untuk sis naik boat nanti Team P'Langkawi Travel akan kasi ya. Dekat ja, around 10 min dari hotel dekat cenang.
Orang kata kalau ada pasangan yang dah lama berkahwin tapi still tak dapat cahaya mata, boleh try mandi di sini. Tapi itu orang lah kata. Kalau agama islam kata kalau ada masalah apa2 Solat dan Berdoa dan ditambah dengan beberapa usaha untuk 'merawat' masalah tu hehe. #SharingIsCaring
Best mandi di sini. Dah macam private beach beb. Nak ke pantai ni pun kena naik boat dulu baru sampai. Jarang naik kereta boleh sampai sini haha. Air dia bersih sangat di sini sebab kurang Sea Sport di sini. So kadar pencemaran minyak petrol tumpah apa smua sangat sikit di kawasan pantai ni. So sis boleh enjoy fresh water dengan husband di sini.
Selesai je sis bina istana cinta dengan cik suami di Pulau Beras Basah tu, abg boat akan bawak sis untuk experience dan tengok sendiri burung helang dengan jarak yang sangat dekat dan boleh bagi makan dekat helang2 ni.
Activity ni semua akan selesai sebelum zohor lah senang cita. Dah selesai semua, tiba lah masa free time untuk sis spend time dengan suami. Tapi belah malam, sis kena follow kami pulak tau, sebab kami dah prepare Candlelight Dinner untuk sis dengan cik suami pada last night di Langkawi ni. Esok hari ketiga dah nak balik kan.. emm sedihh...
Location: Pantai Cenang
Best kan. Sis dengan cik suami je malam tu, bercinta di tepi pantai sambil pekena makanan western food yang kami dah prepare khas special untuk sis dengan cik suami sahaja. Mesti malam tu akan jadi detik yang terindah sebagai kenangan sis bersama suami untuk honeymoon kalini.
Saat ni jugak lah cinta yang dah bersemi dalam hati sis dan suami akan semakin membuak2 dan buatkan setiap hari selepas tu adalah macam baru kawin semalam. Wahhh.. Bestnyaa sis... Suami akan lebih sayang, lebih cinta dan akan buat dia terbayang sis hari2 walau kat mana pun dia ada.
Okay sis, untuk package ni,
Nilai untuk Package VIP HONEYMOON 3 hari 2 malam ni adalah RM 1999.00
SEMPENA SAMBUTAN HARI MALAYSIA pada 16 September 2019.
Kami tawarkan package ini dengan harga RM 1300.00 SAHAJA,
Dan sis dah JIMAT SEBANYAK RM 699.00
TAWARAN INI TERHAD PADA 15 PASANGAN YANG PERTAMA SAHAJA.
Sis boleh direct Whatsapp Team P'Langkawi Travel untuk booking SEGERA.
Last booking pada 16 SEPTEMBER 2019 pada jam 12.00 PM